KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TEKNIK ANALISIS FITUR
Teknik analisis fitur ini mempunyai kelebihan dan
kekurangannya yang tersendiri sepertimana teknik-teknik yang lain:
Kelebihan
Kelebihan analisis fitur adalah menjadikan individu yang
baru ingin belajar dalam sesuatu perkara menjadi mudah. Pandangan fitur
membolehkan pelajar berinteraksi secara langsung dengan bahan atau objek yang
dipelajari. Individu tersebut boleh menilai dan melihat sesuatu perkara yang
dipelajari daripada berbilang sudut pandangan. Daripada sudut yang pelbagai
membolehkan pelajar menganalisis sesuatu subjek atau kategori dengan pelbagai
cirinya. Sebagai contoh, pelajar dapat meneroka kategori haiwan kepada beberapa
ciri fitur dari pelbagai perspektif. Untuk mewujudkan makna kata yang betul,
sebanyak mungkin fitur harus ditampilkan. Semakin banyak fitur yang
ditampilkan, maka semakin jelas makna kata yang dimaksudkan.
Analisis fitur juga dapat meningkatkan perbendaharaan
kata dan kemahiran membuat dalam kalangan pelajar. Melalui analisis fitur,
pelajar akan dapat mengetahui perbendaharaan kata yang baru dengan memadankan
perkataan yang telah disediakan dengan objek yang tepat. Seterusnya, melalui
analisis filtur juga akan dapat membantu pelajar meluaskan dan mengekalkan
makna sesuatu perbendaharaan kata dan konsep dalam sesuatu bidang. Sebagai
contoh, apabila guru menyediakan perbendaharaan kata yang baru dan memberikan makna mengikut sesuatu kumpulan benda atau
sebagainya, pelajar akan dapat memahami dengan lebih mendalam tentang makna
perbendaharaan kata tersebut.
Kelebihan analisis fitur yang lainnya ialah ianya dapat
membantu pelajar dalam mengketogorikan sesuatu pengetahuan dengan lebih cekap.
Melalui aktiviti filtur, pelajar akan mengklasifikasikan sesuatu mengikut
kategori secara berulang-ulang. Perlakuan yang berulang akan menjadikan pelajar
semakin mahir dalam sesuatu perkara. Pelajar akan menjadi semakin cekap dalam
mengketogorikan sesuatu mengikut kategori.
Di samping itu, melalui analisis fitur pelajar dapat
menyediakan satu prosedur yang bersistematik untuk meneroka dan mengukuhkan
konsep perbendaharaan kata. Aktiviti analisis filtur yang sememangnya
bersistematik dengan membahagikan subjek mengikut kumpulan akan melatih pelajar
bersikap lebih bersistematik. Pelajar akan menjalankan aktiviti analisis filtur
mengikut urutan satu persatu. Dengan cara yang bersistematik, pelajar akan
dapat meneroka dan mengukuhkan konsep perbendaharaan kata dengan lebih baik.
Akhir sekali, penggunaan analisis fitur dalam kalangan
pelajar dapat meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari sesuatu topik.
Pelajar bebas untuk meneroka dan melihat sesuatu kategori dari aras yang rendah
kepada yang tinggi. Hal ini dapat meningkatkan minat pelajar terhadap isi
kandungan yang dipelajari. Penyampaian bahan pembelajaran dalam bentuk
kepelbagaian ini dapat meningkatkan motivasi pelajar.
Kekurangan
Terdapat beberapa kelemahan dalam analisis fitur semantik
iaitu sistem pengajarannya bersifat perlahan. Hal ini kerana guru perlu
mengajar prosesnya dari awal iaitu dengan memilih sesuatu kategori seperti
kategori tumbuhan, binatang, tumbuhan dan sebagainya. Teknik analisis fitur
akan memakan masa untuk disampaikan kepada pelajar kerana ianya perlu dilakukan
dari perinkat ke satu peringkat yang lain. Hal ini akan memakan masa yang
diperuntukkan untuk sesi pembelajaran dan pembelajaran.
Selain itu, kelemahan atau kekurang bahan bantu mengajar
melalui analisis fitur semantik ialah kurangnya kemahiran guru dalam
mengendalikan teknik ini. Guru seharusnya lebih pandai dalam memilih
teknik-teknik yang hendak digunakan kerana jika sesorang guru tidak tahu untuk
mengendalikannya maka apa yang hendak disampaikan oleh guru tidak dapat
diterima dengan baik oleh pelajar. Oleh itu guru mestilah pandai memilih jenis
alat bantu mengajar yang sesuai dan tahu teknik-teknik yang diperlukan untuk
menyampaikannya kepada pelajar.
Di samping itu, kekurangan analisis fitur adalah
disebabkan kesukaran dalam penyediaan alat-alat yang hendak digunakan ketika
disampaikan kepada pelajar. Setiap bahan bantu mengajar memerlukan alat
pelaksanaan yang betul. Begitu juga dengan analisis fitur. Sebagai contoh,
kelemahannya adalah seperti kurangnya alat pelaksanaannya, bahan atau rujukan
dalam menyediakan, keperluan masa yang mempengaruhi guru dalam menyediakan alat
bantu mengajar.
Akhir sekali, kekurangan alat bantu mengajar analisis
fitur adalah faktor pelaksanaannya yang kadang mendatangkan masalah. Analisis
fitur kadangkala mendatangkan masalah kepada guru kerana ia memerlukan masa
yang agak panjang untuk disampaikan dan ini akan menyebabkan sesi pengajaran
menjadi semakin pendek dan hanya sikit sahaja pengajaran yang boleh disampaikan
kepada pelajar.
No comments:
Post a Comment