LAPORAN PAMERAN INOVASI DAN KREATIVITI BBM
BACAAN
TARIKH
8
Mei 2017
TEMPAT
TADAHAN
UTARA
ANJURAN
Pelajar
Kursus Keterampilan Membaca (BMK 3033) Semester 2 Sesi 2016/2017
RASIONAL
Progam
Bahan Bantu Mengajar (BBM) dibawah subjek Keterampilan Membaca (BMK30333) ini
mendapat kerjasama daripada pelajar-pelajar kumpulan B bagi kursus ini . Pelajar yang mengambil subjek
Keterampilan Membaca perlu membuat satu teknik pengajaran yang menarik dan
dapat menarik minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam mempelajari dengan lebih meluas mengenai pembendaharaan kata.
1. PENERANGAN MENGENAI ABM DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Kami telah
membuat satu abm yang menerangkan mengenai ciri-ciri yang terdapat pada haiwan
seperti ikan, katak, singa dan banyak lagi. Selain itu, kami juga telah
menceritakan terlebih dahulu mengenai sesuatu topik sebelum memulakan permainan
yang disediakan. Melalui abm yang disediakan ini, murid perlu memahami setiap
ciri-ciri yang terdapat pada haiwan-haiwan yang telah dibeikan. Dalam sesi
pembelajaran, pengajar sentiasa berhadapan dengan yang tidak atau kurang
mengambil tahu mengenai haiwan-haiwan yang terdapat di sekeliling mereka. oleh
itu, kekreatifan seseorang pengajar amat penting bagi menentukan strategi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi yang dipilih boleh merangsang
pelajar untuk berfikir secara aktif dan berupaya menarik minat pelajar dan
menghasilkan pembelajaran yag berkesan.
Setelah itu, kami juga telah menyediakn satu buku skrap yang menunjukan ciri-ciri haiwan. Pelajar dikehendaki
untuk mengenai pasti ciri haiwan manakah yang ditunjukkan dan meletakkan gambar
haiwan tersebut di halaman itu. Pelajar perlu dibimbing bagi membincangkan sama
ada ciri-ciri haiwan yang disenaraikan adalah sama seperti yang diberikan. Melalui
cara ini, pelajar dapat melihat perbezaan dan persamaan fitur yang dimiliki
oleh setiap haiwan. Bagi menambahkan oengetahuan pelajar, kami juga telah menyediakan
abm mengenai ciri-ciri kenderaan dan cir-ciri negara Malaysia. Pertambahan perkataan
dan fitur dapat membantu mengembangkan perbendaharaan kata pelajar dan
membangunkan serta mengukuhkan konsep mereka berkaitan dengan kenderaan, haiwan
dan negara Malaysia melalui pengorganisasian yang telah dibuat.
2. LAMPIRAN
PROSES PENYEDIAAN ABM
PERSEDIAAN SEBELUM PAMERAN BERMULA
PENERANGAN MENGENAI ABM KEPADA PELAJAR SEMASA PAMERAN
PELAJAR MENCUBA ABM YANG TELAH DISEDIAKAN
PROSES PEMBERIAN MARKAH
beberapa orang ahli kumpulan telah diberikan tugas untuk menilai dan memberi markah bagi abm yang dihasilkan oleh kumpulan lain. oleh itu,mereka telah meninjau setiap abm yang telah dibuat bagi memberikn markah yang sepatutnya.
SESI BERGAMBAR SELEPAS SELESAI PAMERAN
No comments:
Post a Comment