analisis fitur


TEKNIK ANALISIS FITUR
Teknik analisis fitur dikenali sebagai analisis fitur semantik (Semantic Feature Analysis) yang telah diperkenalkan oleh Johnson dan Pearson pada tahun 1978. Analisis ini dihasilkan dengan tujuan meningkatkan perbendaharaan kata (vocabulary) pelajar dan meningkatkan kemahiran untuk membuat kata. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pemahaman berkaitan dengan persamaan dan perbezaan perkataan yang saling berkaitan. Selain itu, teknik analisis fitur ini juga bertujuan untuk meluaskan dan mengekalkan makna sesuatu perbendaharaan kata dan konsep dalam sesuatu bidang.


Analisis fitur adalah satu strategi pengkategorian yang diperolehi daripada binaan struktur teori kognitif sebagai cara seseorang individu itu mengendalikan pengetahuannya. Secara ringkasnya, sebagai manusia yang memproses maklumat, satu ketegori akan diwujudkan dalam struktur kognitif mereka iaitu berdasarkan sebahagian besarnya datang daripada corak budaya dan pengalaman yang mereka lalui. Oleh yang demikian, peraturan analisis fitur ini digubal untuk meletakkan objek (perkataan atau konsep) ke dalam kategori ini. Dengan cara ini, kategori yang saling berhubung diwujudkan dalam struktur kognitif supaya individu boleh mencari sistem kategori mereka (pengetahuan) dengan cekap untuk mereka memahami pengalaman mereka sendiri. Akhirnya, analisis fitur ini bertujuan untuk menyediakan satu prosedur yang bersistematik untuk meneroka dan mengukuhkan konsep perbendaharaan kata melalui penggunaan kategori.
                 
                        Prosedur Analisis Fitur
Langkah 1: Pilih kategori
Langkah pertama dalam analisis fitur ialah memilih kategori. Pemilihan kategori ini perlu dilakukan secara perlahan dan mulakan dengan pemilihan kategori yang biasa bagi para pelajar. Penetapan kategori dilakukan oleh guru untuk keseragaman pelajar. Kepelbagai fitur akan timbul walapun kita memberi kategori yang agak biasa sahaja kepada pelajar. Contoh kategori yang mudah dan biasa bagi pelajar ialah kenderaan.

Langkah 2: Senaraikan perkataan dalam kategori
Setelah kategori dipilih, langkah seterusnya ialah menyenaraikan perkataan dalam kategori tersebut. Guru akan memberi senarai perkataan berdasarkan konsep nama atau objek yang berkaitan dengan kategori. Jika kategori yang dipilih merupakan kategori yang biasanya bagi pelajar, pelajar akan mudah untuk menyenaraikannya. Contoh kategori kenderaan ialah basikal, kereta, lori, kapal terbang, kapal laut, dan kereta api.


Langkah 3: Senaraikan fitur
Dalam langkah ini, guru berperanan menentukan fitur-fitur yang akan diterokai bagi kategori yang dipilih. Pelajar sepatutnya sudah boleh menamakan fitur-fiturnya kerana kategori yang dipilih adalah yang mudah dan biasa bagi pelajar. Dalam sesuatu kategori banyak fitur yang dapat diperkembangkan. Sebaiknya dimulakan dengan fitur yang mudah dan guru digalakkan berbincang dengan pelajar dalam membina fitur-fitur lain. Contohnya, jadual disebelah yang menerokai rupa izikal kenderaan.
Langkah 4: Menunjukan ciri pemilikan
Seterusnya pelajar dibimbing melalui tanda-tanda fitur matik bagi membicangkan sama ada kenderaan yang disenaraikan mempunyai fitur seperti yang disenaraikan. Proses analisis fitur berlaku apabila pelajar meletakkan simbol “+” atau “-” bagi ciri-ciri yang berkenaan. Dengan cara ini, pelajar dapat melihat persamaan dan perbezaan fitur yang dimiliki oleh setiap perkataan /kenderaan.

Langkah 5: Tambah perkataan atau fitur
Bagi memperkayakan pengetahuan pelajar mengenai ciri-ciri kenderaan dalam langkah berikutnya memerlukan pelajar menambahkan perkataan atau fitur. Selesai menambahkan perkataan, ia perlu juga diikuti oleh fitur baharu untuk dianalisis. Jumlah pertambahan ini, banyak bergantung kepada pengetahuan pelajar bagi kategori tersebut. Guru boleh bertindak membantu pelajar bagi mempelbagaikan fitur yang dapat disenaraikan. Bagi contoh yang telah dibincangkan dari awal lagi, perkataan seperti di udara, di darat dan di air ditambah. Pertambahan perkataan dan fitur ini, boleh mengembangkan perbendaharaan kata para pelajar dan membangunkan serta memperkukuhkan konsep mereka berkaitan dengan kenderaan melalui pengorganisasian.


Langkah 6: Akhir
Dalam langkah terakhir ini, pelajar perlu melengkapkan fitur matrik dengan menggunakan sistem ciri pemilikan seperti yang sebelum ini. Setelah selesai ke semua enam prosedur analisis fitur ini telah menghasilkan jadual yang lengkap.

CONTOH BBM YANG TELAH DIBUAT





 



No comments:

Post a Comment